Sunday, 8 May 2011

Coklat dan Kesihatan...

Coklat adalah salah satu makanan yang paling digemari di seluruh dunia. Bukan sahaja golongan kanak-kanak menggemarinya, bahkan golongan dewasa juga turut menggilainya. Tapi, tahukah kita, coklat sebenarnya bagus untuk kesihatan? Coklat hitam yg mengandungi flavanoids yg bertindak sebagai antioksidan mampu melindungi tubuh badan manusia daripada bahan-bahan tercemar. Bahan-bahan tercemar ini boleh menyebabkan kerosakan jantung. Coklat gelap mengandungi banyak antioksidan (8 kali lebih banyak dari buah strawberi!!!). Flavanoids juga membantu menyeimbangkan tekanan darah seseorang individu dengan penghasilan nitric oxide.

Kebaikan coklat gelap untuk kesihatan jantung
Coklat gelap bagus untuk kesihatan jantung kita. Satu bar kecil coklat gelap mampu membantu sistem kardiovaskular. Antara kebaikan coklat gelap kepada jantung kita ialah:

  • Menurunkan tekanan darah: Kajian menunjukkan pengambilan sekeping kecil coklat gelap mampu menurukan tahap tekanan darah seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
  • Menurunkan tahap kolestrol: Coklat gelap dikatakan mampu menurunkan kolestrol LDL sehingga 10%!
Selain itu, coklat gelap juga:
  • Sedap dimakan
  • Menggalakkan penghasilan endorphin yang mampu menenangkan emosi seseorang
  • Mengandungi serotonin, anti depresi
Berita baik! Lemak makanan yang terdapat di dalam coklat gelap tidak memberi kesan kepada tahap kolestrol anda. lemak yang terdapat di dalam coklat gelap ialah:
  1. 1/3 oleic acid: sejenis lemak yang terdapat di dalam minyak zaitun
  2. 1/3 stearic acid: Kajian menunjukkan ianya tidak bertindak balas secara aktif dengan tahap kolestrol seseorang
  3. 1/3 palmitic acid: Boleh menyebabkan masalah jantung.
Ini bermakna hanya 1/3 lemak yang terkandung di dalam coklat gelap boleh menyebabkan masalah kesihatan (1/3 palmitic acid).

Tips pengambilan coklat

  • Seimbangkan pengambilan kalori: Satu bar coklat gelap mengandungi kira-kira 400 kalori. Sekiranya anda mengambil separuh bar coklat gelap, bermakna anda perlu menyeimbangkan pengambilan kalori dari bahan-bahan makanan yang lain. Kurangkan pengambilan makanan ringan yang lain.
  • Nikmati coklat dengan cara yang berhemah. Mengambil coklat gelap dengan banyak sekaligus dalam sesuatu masa mungkin memudaratkan anda. Ambil sedikit masa untuk menikmatinya.
  • Ambillah coklat gelap berbanding coklat susu / putih. Coklat gelap mengandungi 65% atau lebih kandungan koko dan lebih banyak antioksidan berbanding coklat yang lain.
  • Elakkan karamel atau inti yang lain. Makanlah coklat gelap dengan inti kekacang orange peel atau perasa yang lain. Mengambil coklat gelap berintikan karamel hanya mengurangkan kebaikan coklat gelap seperti yang telah disebutkan tadi. Malah ianya menambahkan pengambilan gula dan lemak yang tidak diperlukan oleh sistem badan kita.
  • Jangan minum susu bersama coklat gelap. Memang ianya menyelerakan tetapi awas! Pengambilan susu bersama coklat gelap boleh menyebabkan sistem badan tidak menyerap antioksidan yang dihasilkan oleh coklat gelap.
Apa pun, setiap apa yang kita makan, kita perlulah bersederhana dalam pengambilannya. Walau sebaik mana pun sesuatu makanan itu, jika diambil secara berlebihan, ianya pasti memudaratkan. Tepuk dada, tanyalah iman....

Friday, 6 May 2011

Happy Mother's Day...

Coklat yg belum dikeluarkan dari acuan...
Sedar tak sedar dah pun bulan Mei..Em, ada dua hari yang dinanti-nantikan. Hari Ibu dan Hari Guru (walaupun sebenarnya setiap hari kita patut meraikan dua golongan istimewa ini. Jadi, pasti pening memikirkan apakah hadiah terbaik utk diberikan kepada ibu mahupun guru. Sesekali ubah sedikit hadiah yang ingin diberikan. COKLAT!!!! Aha, selain daripada cantik...coklat ni sedap dinikmati bersama-sama keluarga tersayang. So, jika anda memilih utk menghadiahkan coklat kepada ibu dan guru tersayang... silalah dapatkannya di Ummul Ilham's Chocolate....

Bintang Sembilan

Bintang 9 -9 praline berbentuk rose, inti kismis. RM5.00/set (exc. delivery charge)
Satu lagi produk dari Ummul Ilham's Chocolate. Em, sesuai diberikan sebagai hadiah kepada teman-teman mahupun yang tersayang. Sesekali berubah apa salahnya. Enjoy da chocolate!!!

Tuesday, 3 May 2011

Edible lollipop...

Edible lollipop @ Rm1.50/piece (exc. delivery charge)
Em...nampak tomey....sesuai utk anak-anak kecil.. pelbagai edible picture boleh dipilih.. boleh dijadikan door gift semasa birthday party, guru-guru hadiahkan kepada para pelajar (especially murid-murid sekolah rendah)..mesti syok.. cubalah rasa....

Sunday, 1 May 2011

Lollipop - sunflower

Sunflower - RM0.80/piece (exc. delivery charge)
Antara produk keluaran Ummul Ilham's Chocolate. Dibuat daripada coklat kompaun. Sesuai dijadikan sebagai cenderahati kepada yang tersayang, door gift untuk sebarang majlis juga melengkapkan hiasan untuk hantaran pertunangan / perkahwinan. Antara perasa yang available plain, strawberry, peppermint, blueberry, mango.

Saturday, 30 April 2011

Kek Marble (Resepi emak)

Bahan-bahan:


  • 1 ketul butter (atau lebih kurang 1 1/2 cawan mentega)
  • 3 cawan tepung berserbuk penaik (diayak)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
(Nota: sekiranya tidak mempunyai tepung berserbuk penaik, boleh digantikan dengan  4 cawan tepung gandum dan 1 sudu teh serbuk penaik). (Pastikan semua bahan-bahan di dalam suhu bilik).

Cara penyediaan

  1. Pukul mentega dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila. Pukul hingga menjadi gebu.
  2. Masukkan tepung berserbuk penaik diselang-seli dengan tepung gandum.
  3. Setelah bancuhan menjadi sebati (bancuhan A), asingkan sedikit bancuhan tersebut (kira-kira 1 sudu besar) ke dalam bekas yang berasingan. Masukkan serbuk koko ke dalam bancuhan yang telah diasingkan (bancuhan B).
  4. Masukkan bancuhan A ke dalam loyang yang telah disapukan mentega sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan bancuhan B secara berselang seli (mengikut kreativiti individu) sehingga kesemua bancuhan (A & B) dihabiskan.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15 minit / kekuningan.

Terapi Coklat????

 Tahukah anda menurut pandangan beberapa psychologists pemilihan jenis pembungkus, inti dan jenis coklat mungkin mampu menterjemahkan personaliti diri seseorang (erm..termasuk hubungan seksualiti anda).

Menurut seorang ahli psychologist dari new Zealand, Murray Langham (juga penulis buku Chocolate Therapy: Dare To Discover Your Inner Self) pemilihan bentuk, filling dan cara bagaimana pembungkus coklat itu dimusnahkan juga mampu menterjemahkan personaliti dan mood seseorang individu itu.

Sebagai contoh, seseorang yang menggemari coklat susu, boleh dikatakan seseornag yang innocent dan suka hidup berkisarkan masa silamnya. Berbeza pula dengan penggemar coklat gelap yang lebih bersikap materialistik dan penyelesai masalah serta lebih memandang ke hadapan. Peminat coklat putih pula mempercayai bahawa diri mereka mempunyai kuasa ke atas setiap yang berlaku di sekeliling mereka.

Hairan bukan? Namun begitu segalanya mungkin kebetulan. Apapun personaliti kita, kita lebih memahami siapa diri kita ynag sebenar.

(Petikan diterjemahkan dari website: http://www.chocolate.org/health/therapy.html