Coklat adalah salah satu makanan yang paling digemari di seluruh dunia. Bukan sahaja golongan kanak-kanak menggemarinya, bahkan golongan dewasa juga turut menggilainya. Tapi, tahukah kita, coklat sebenarnya bagus untuk kesihatan? Coklat hitam yg mengandungi flavanoids yg bertindak sebagai antioksidan mampu melindungi tubuh badan manusia daripada bahan-bahan tercemar. Bahan-bahan tercemar ini boleh menyebabkan kerosakan jantung. Coklat gelap mengandungi banyak antioksidan (8 kali lebih banyak dari buah strawberi!!!). Flavanoids juga membantu menyeimbangkan tekanan darah seseorang individu dengan penghasilan nitric oxide.
Kebaikan coklat gelap untuk kesihatan jantung
Coklat gelap bagus untuk kesihatan jantung kita. Satu bar kecil coklat gelap mampu membantu sistem kardiovaskular. Antara kebaikan coklat gelap kepada jantung kita ialah:
- Menurunkan tekanan darah: Kajian menunjukkan pengambilan sekeping kecil coklat gelap mampu menurukan tahap tekanan darah seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
- Menurunkan tahap kolestrol: Coklat gelap dikatakan mampu menurunkan kolestrol LDL sehingga 10%!
- Sedap dimakan
- Menggalakkan penghasilan endorphin yang mampu menenangkan emosi seseorang
- Mengandungi serotonin, anti depresi
- 1/3 oleic acid: sejenis lemak yang terdapat di dalam minyak zaitun
- 1/3 stearic acid: Kajian menunjukkan ianya tidak bertindak balas secara aktif dengan tahap kolestrol seseorang
- 1/3 palmitic acid: Boleh menyebabkan masalah jantung.
Tips pengambilan coklat
- Seimbangkan pengambilan kalori: Satu bar coklat gelap mengandungi kira-kira 400 kalori. Sekiranya anda mengambil separuh bar coklat gelap, bermakna anda perlu menyeimbangkan pengambilan kalori dari bahan-bahan makanan yang lain. Kurangkan pengambilan makanan ringan yang lain.
- Nikmati coklat dengan cara yang berhemah. Mengambil coklat gelap dengan banyak sekaligus dalam sesuatu masa mungkin memudaratkan anda. Ambil sedikit masa untuk menikmatinya.
- Ambillah coklat gelap berbanding coklat susu / putih. Coklat gelap mengandungi 65% atau lebih kandungan koko dan lebih banyak antioksidan berbanding coklat yang lain.
- Elakkan karamel atau inti yang lain. Makanlah coklat gelap dengan inti kekacang orange peel atau perasa yang lain. Mengambil coklat gelap berintikan karamel hanya mengurangkan kebaikan coklat gelap seperti yang telah disebutkan tadi. Malah ianya menambahkan pengambilan gula dan lemak yang tidak diperlukan oleh sistem badan kita.
- Jangan minum susu bersama coklat gelap. Memang ianya menyelerakan tetapi awas! Pengambilan susu bersama coklat gelap boleh menyebabkan sistem badan tidak menyerap antioksidan yang dihasilkan oleh coklat gelap.

0 comments:
Post a Comment